Perpustakaan berperanan dalam membentuk masyarakat berbudaya ilmu dan membaca. Sejajar dengan pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan dan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030, perpustakaan perlu mempergiatkan lagi usaha ke arah ini. Bagi maksud ini, Persatuan Pustakawan Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia telah memilih #MalaysiaMembaca sebagai tema bagi Persidangan tahunan Perpustakaan Malaysia 2019, Persidangan kali ini memaparkan kegiatan dan inisiatif perpustakaan, pustakawan, organisasi dan individu dalam usaha mereka untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF

  • Menjadi platform untuk perbincangan mengenai budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Memapar usaha perpustakaan dalam memupuk budaya membaca dengan masyarakat setempat.
  • Memperkasa peranan perpustakaan bagi mencapai matlamat Dekad Membaca Kebangsaan

TOPIK

  • #MalaysiaMembaca
  • Penghasilan Kandungan dan Data Raya
  • Aktivis #MalaysiaMembaca

YURAN