Nor Azzah Momin

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

Bagi sesi Aktivis #MalaysiaMembaca, Puan Azzah Momin juga akan terlibat sama sebagai panel pembentang. Topik yang dibawakan adalah berkaitan dengan Little Free Library. Berikut adalah sedikit biodata beliau: –

Beliau kini memangku jawatan Ketua Pustakawan di Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau pernah bertugas di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (1997), di Kolej Yayasan Pelajaran MARA Bangi (1997–2000) dan bertugas di USIM sejak tahun 2000. Selain tugas hakiki di Perpustakaan USIM, beliau turut diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan Islam sejak tahun 2016 di bawah Persatuan Pustakawan Malaysia, Penasihat Kelab Kakitangan Wanita dan Isteri Kakitangan USIM (Kelab Wardah), Penasihat Kelab Sahabat Kembara Ilmu (SKIL), dan beberapa jawatan lain. Beliau juga merupakan salah seorang Moderator Goodreads Malaysia (kumpulan maya para pencinta buku), pemilik bersama Little Free Library Nilai Impian dan pengurus Little Free Library USIM.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *