Arief Hakim Sani Rahmat

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

PTPM akan dirancakkan lagi dengan kehadiran ikon penerbit buku yang dikenali ramai bukan sahaja di tanah air malah diperingkat antarabangsa. Tidak lain tidak bukan adalah Tuan Arief Hakim Sani Rahmat. Berikut adalah serba sedikit tentang latar belakang beliau: –

Tuan Arief Hakim Sani bin Rahmat merupakan anak watan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Walaupun berlatar belakang pendidikan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Malaya; namun, atas minat beliau yang tinggi dalam hal ehwal perusahaan buku dan penerbitan maka beliau telah menceburi sebagai kerjaya dalam bidang tersebut dan dilantik sebagai Pengarah Urusan PTS Media Group Sdn Bhd; beribu pejabat di Batu Caves, Selangor sejak tahun 2000.

Sisi beliau dikenali ramai bukan sahaja kerana berjaya membawa syarikat PTS Media Group setanding syarikat penerbit antarabangsa yang membawa kandungan penerbitan dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu malah sangat aktif dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan syarikat penerbit tempatan melalui penglibatan dalam Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) sejak tahun 2006 dengan menjawat sebagai Setiausaha Kehormat dan seterusnya ke peringkat ASEAN Book Publishers Association (ABPA) pada tahun 2008 dengan jawatan yang sama.

Antara projek yang terkenal di bawah MABOPA yang tuan Arief bersama kumpulan sekerja usahakan adalah;

  • Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre (www.kltcc.com); iaitu merupakan persidangan hak cipta terbesar untuk rantau ASEAN,
  • Persidangan Ebook ASEAN (www.aseanebookconference.com),
  • BACA World (bacaworld.com.my); iaitu merupakan persidangan kandungan digital & e-perdagangan bagi industri penerbitan, dan
  • Kuala Lumpur World Book Capital 2020; iaitu acara terbesar dunia yang dikelolakan dan dianugerahkan oleh UNESCO untuk mempromosi buku dan kempen membaca dipelusuk bandar serata dunia yang diadakan setiap tahun dan kali ini Malaysia terpilih untuk menganjurkannya.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *