Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

PTPM akan diserikan lagi dengan kehadiran tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar sebagai salah seorang panel pembentang dalam sesi pertama. Beliau akan berkongsi dengan bakal para peserta tentang trend pembacaan dan dampak teknologi. Sedikit biodata beliau: –

Sayed Munawar kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku, sebuah syarikat milik kerajaan yang beroperasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kota Buku berfungsi melengkapkan rantaian nilai di antara agensi perbukuan dengan pemain industri meliputi karyawan dan seluruh tenaga kerja di dalam industri kandungan negara.

Sayed Munawar juga merupakan seorang pemuka media yang berpengalaman dalam mengendalikan bual bicara bersifat advokasi dasar di saluran TV1 RTM sejak lebih 23 tahun lalu. Kini beliau merupakan pengacara untuk Bicara Politikonomi di TV1 setiap Rabu secara langsung pada 9 malam. 

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *