Puan Siti Rahayu Baharin, Gambar ehsan; News Straits Times Malaysia

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

Biodata pembentang aktivis #MalaysiaMembaca diteruskan dengan kehadiran Puan Siti Rahayu Baharin. Beliau akan membentangkan tentang Buku Jalanan Chow Kit.

Puan Siti Rahayu Baharin adalah seorang ibu dan seorang guru yang percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi bagi setiap manusia, dan ia perlu disediakan untuk semua orang. Komited untuk libatsama dalam segala bentuk isu semasa berkaitan pendidikan dan pemberdayaan masyarakat membawa beliau dan rakan-rakan bangkit menubuhkan Buku Jalanan Chow Kit; sebuah organisasi yang menunjang gagasan bahawa pengetahuan melalui pendidikan adalah makanan yang paling penting bagi manusia jika mereka mahu mengubah kehidupan dan berkembang maju. Persoalan-persoalan dan isu-isu sama ada manusia perlu makan untuk hidup, atau hidup untuk makan, adalah apa yang pasukan Buku Jalanan Chow Kit (BJCK) sedang lakukan dengan membongkar secara kritikal ketika mereka menemui golongan miskin bandar ini dikawasan sekitar Kuala Lumpur terutama dikawasan Jalan Chow Kit, dan ianya dilakukan melalui pendidikan, secara khusus mendidik pemikiran anak-anak dari keluarga miskin bandar.

Buku Jalanan Chow Kit kini telah mencapai pencapaian luar biasa, daripada sebuah organisasi yang beroperasi di jalanan, kini mereka memiliki bangunan mereka sendiri yang beroperasi sebagai pusat homeschool untuk kanak-kanak yang tiada dokumen pengenalan diri dan berperanan juga sebagai ruang yang selamat untuk kanak-kanak di Chow Kit.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *