Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

Pembentangan aktivis #MalaysiaMembaca juga akan dihadiri oleh Miss Carol Koh, pengasas Books on the Move Malaysia. Berikut adalah biodata beliau: –

Merupakan anak watan Kuala Lumpur, ibukota pelbagai budaya di Malaysia; beliau sentiasa gemar membaca buku dalam pelbagai bahasa, biografi atau memoir. Bekerjaya dalam bidang pemasaran di Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur, beliau sentiasa mengambil peluang mengetuai beberapa siri kempen berkaitan program pendidikan. Hal ini membuatkan beliau sedar betapa pentingnya memartabatkan kemahiran bahasa dalam membina pekerjaan dan prospek kerjaya ke arah yang lebih cemerlang. Salah satu cara terbaik untuk mengukuhkan kemahiran bahasa adalah dengan membaca. Menjadi seorang pembaca tegar, beliau telah melihat manfaat membaca dan bagaimana ia menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan peribadi beliau.

Atas semangat itu, beliau mengasaskan gerakan Books on the Move Malaysia, sebuah gerakan membaca bukan menjana keuntungan. Ianya adalah sebahagian daripada Gerakan Buku Global (Global Books on the Move) yang kini berada di 20 bandar di seluruh 14 negara. Modus operandinya ialah meletakkan buku di tempat-tempat awam untuk diambil, dibaca dan kemudian dikembalikan oleh orang ramai yang ingin menggunakannya. Bagi memperluas gerakan ini di Malaysia, beliau memulakan projek komuniti di Kuala Lumpur dengan menubuhkan perpustakaan mini awam di stesen kereta api yang mempunyai trafik tinggi. Projek ini disokong oleh Think City, Prasarana, Kementerian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi British dan beberapa rakan kongsi lain.

Jom hadir ke PTPM 2019 untuk mendengar pembentangan beliau dengan lebih terperinci.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *