Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

PTPM 2019 akan dimeriahkan lagi dengan pembentangan tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia profesional kepustakawanan yang diterbangkan khas dari Sarawak Bumi Kenyalang iaitu Dr. Hajah Rashidah Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak. Pembentangan beliau kali ini mengetengahkan tentang kaedah baharu memupuk budaya membaca dalam dunia era baru. Berikut adalah biodata beliau: –

Mengorak langkah menamatkan pendidikan kesarjanaan bermula dengan kelulusan sarjana muda Sains Perpustakaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tahun 1984. Kemudian, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Tinggi di Syracuse University, New York, tahun 1986. Seterusnya, mendaki menara gading ke peringkat Executive MBA, di Ohio University 1997.

Terkini, beliau baru sahaja menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) di Pusat Pengajian Pengurusan Maklumat, Victoria University of Wellington pada tahun 2018. Beliau sangat berminat dengan topik-topik dan isu-isu berkaitan dengan pengarkiban dan pembukuan pengetahuan orang pribumi, mengkaji cara inovatif untuk mencipta masyarakat suka membaca, dan keterangkuman digital melalui penglibatan komuniti.

Seterusnya beliau juga banyak menerima anugerah-anugerah profesional peringkat antarabangsa dan pingat kebesaran diraja. Antaranya ialah:-

  • Beta Gama Sigma, Ohio University, 1997
  • Excellent Service Medal, State of Sarawak 1999
  • IFLA/OCLC Fellowship 2001
  • Pegawai Bintang Kenyalang 2003 (Kerajaan Negeri Sarawak)
  • Bintang Ahli Mangku Negara 2008 (Kerajaan Persekutuan Malaysia)

Beliau juga amat berpengalaman luas dengan memegang beberapa jawatan kepimpinan dalam pelbagai jenis portfolio. Antaranya ialah: –

  • Member, State Information Technology and Resources Council (SITRC)
  • Chair, Council of State Public Library Directors, 2005 – 2008, 2013 – present
  • Chair, Librarian Association of Malaysia, Sarawak Chapter, 2004 – 2008
  • Head, Public Library Committee, Librarian Association of Malaysia, 2014 – present
  • Pioneer Member, National Ubiquitous Library Project (e-Pustaka)
  • Industry Advisor, Curriculum for Study Program – Bachelor of Science (Hons) in Library Management, MARA University of Technology
  • Member, National Committee of Research Libraries and Information Services, National Library of Malaysia, 2015 – 2017
  • Working Committee, Cataloguing Standards Entry of Malaysia: Corporate Name 2016
  • Mentor, INELI-ASEAN (International Network of Emerging Library Innovators, ASEAN) Library 2015-2017
  • Member, Malaysia National Committee for International Federation of Library Associations and Institutions – World Library and Information Congress 2018 (IFLA WLIC 2018), 2016 -2018
  • Member, Sarawak’s Council for Women and Family Development, 2013, 2015 – 2016, 2017 – 2019, 2019 – 2020
  • Standing Committee – Literacy and Reading Section, International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA), 2017-2021

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *