Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

Dalam sesi Forum Q&A #MalaysiaMembaca pada 26 Mac 2019, jam 12:15 tengahhari, anda akan dapat bertemu dengan seorang ikon penulis yang tidak asing lagi dikenali dengan nama Encik Zamri Mohamad. Bagi mereka yang masih tidak mengenali beliau, berikut adalah biodatanya: –

Encik Zamri Mohamad merupakan penulis lebih 25 buah naskah buku. Beliau aktif menjalankan kerja perundingan dan pembangunan menjadi penulis untuk rumah-rumah penerbitan di Malaysia sejak tahun 2009. Pada masa sama beliau membantu memetakan landskap pembangunan penulis di Malaysia.

Merupakan presiden Gerakan Penulis Malaysia (MyMove) dan pencetus bersama gerakan rakyat membaca melalui Baca@LRT yang bermodalkan lima ringgit dengan pulangan nilai publisiti media cetak, elektronik, radio sebanyak setengah juta ringgit pada tahun 2010.

Tidak berhenti mendapat sokongan rakyat Malaysia, beliau juga aktif terlibat secara langsung dengan festival penulis di dalam dan luar negara bagi membentuk Makmal Kandungan Penulis (Writer’s Lab). Antara festival yang telah beliau terlibat adalah Sydney Writers Festival, Melbourne Writers Festival, China Shanghai International Children’s Book Fair, StoryDrive Asia, Globalocal anjuran German Book Office, New Delhi, India, Singapore Writers Festival dan Asian Festival of Children’s Content.

Ketika ini beliau mempersiapkan diri ke Military Writers Festival yang akan berlangsung di Darwin, Australia.

Zamri Mohamad kini aktif diikuti oleh komuniti penulis baharu melalui profil peribadi dengan 21,000 followers, web rasmi kursuspenulisan.com; 11,739 followers dan langganan emel oleh 15,428 orang yang mahu belajar menulis buku pertama.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *