Encik Mohd Radzi Jamaludin

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera
YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

Pada sesi ketiga pembentangan untuk tema “Aktivis #MalaysiaMembaca”, seorang aktivis bantuan kemanusiaan yang dikenali sebagai Encik Mohd Radzi Jamaludin akan menceritakan disebalik tabir tentang Pertubuhan Pustaka Jalanan. Gerakan Pertubuhan Pustaka Jalanan adalah bertujuan memacu gerakan literasi membaca diperingkat masyarakat marhaen. Berikut adalah biodata beliau.

Encik Mohd Radzi Jamaludin, merupakan anak jati negeri Selangor; dilahirkan, dibesarkan dan menjalani pendidikan sekolah rendah di Jeram, Kuala Selangor. Kemudian, beliau menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah La Salle, Petaling Jaya. Seterusnya di Kolej Olympia dalam bidang perhotelan.

Sejarah mencipta kerjaya selama 30 tahun membawa beliau ke pelbagai bidang dan industri daripada bidang telekomunikasi, sajian, perhotelan, peruncitan, perladangan, hinggalah ke bidang bantuan kemanusiaan. Beliau berpengalaman luas di organisasi seperti Hilton Kuala Lumpur, Sodexho, KTMB, MAXIS, Carrefour, Sime Darby dan MERCY Malaysia.

Bermula pada bulan Mac 2018, beliau memutuskan untuk meninggalkan kerjaya korporat sepenuhnya bagi menumpukan tenaga dan perhatian untuk aktiviti bantuan kemanusiaan dan kebajikan sosial bersama pertubuhan seperti MERCY Malaysia, Al Wakeel, Teratak Ilmu, Cahaya Learning Center dan Sekolah Belantara.

Jom daftar dan sertai PTPM 2019 untuk mendapatkan rangkuman penuh tentang pembentangan ini serta ketahui bagaimana ilmu tentang topik ini boleh meningkatkan kompetensi kita.

Ingin tahu tentang lain-lain pembentangan? Rujuk Aturcara

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *