Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera


YBhg. Dato’/Datin/Prof,/Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa dua aktiviti akan berlangsung serentak semasa pra persidangan pada 25 Mac 2019, Hari Isnin.

Pertama, sesi bengkel bimbingan penggunaan aplikasi telefon pintar UNIQUIZZ. Pendaftaran kehadiran ke sesi ini tidak dikenakan sebarang yuran dan ianya adalah percuma.

Kedua, sesi bengkel pembangunan kandungan infografik. Pendaftaran kehadiran ke sesi ini dikenakan bayaran yuran sebanyak RM 100.00 (AHLI PPM) dan RM 150.00 (BUKAN AHLI PPM).

Perincian aturcara adalah seperti berikut: –

ATURCARA UNIQUIZZ
08.30 – 09.00Pendaftaran
09.00 – 09.15Ucapan alu-aluan & sesi penerangan mengenai bengkel
09.15 – 10.00Session 1 – Making Knowledge Work – Leveraging Micro Learning techniques
10.00 – 10.30Minuman ringan
10.30 – 12.30Session 2 – UNIQUIZZ : The Mobilized Learning App
12.30 –  14.30Makan tengah hari
14.30 – 16.00  Session 3 – Content Creation in Mobilie Learning Apps: A UNIQUIZZ Hands-On Experience
16.00Bersurai
ATURCARA BENGKEL INFOGRAFIK
08.30 –  09.00 Pendaftaran
09.00 –  09.15 Ucapan alu-aluan & sesi penerangan mengenai bengkel
 09.15 – 10.30 Kaedah penyediaan infografik
10.30 – 10.45 Minuman ringan
10.45 – 11.30 Sumbangsaran
11.30 – 13.00 Amali: Penyediaan infografik
13.00 –  14.00 Makan tengah hari
14.00 – 15.30   Amali: Pembentangan dan penambahbaikan infografik
15.30 –  15.45 Pembentangan infografik
15.45 –  16.45 Pengulungan dan Penutup
16.45 –  17.00 Bersurai

Oleh itu, tuan/puan dijemput mendaftar segera ke sesi bengkel ini sekiranya berminat. Penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja bagi setiap sesi.

Bagi pendaftaran sesi bengkel UNIQUIZZ, tuan/puan boleh hubungi terus dengan menghantar butiran tuan/puan melalui emel ptpm2019@gmail.com manakala, pendaftaran dan pengesahan bayaran ke sesi Bengkel Infografik pula perlu dibuat melalui borang dalam talian ini. URL:https://goo.gl/forms/jFued0B6tCxXlio33.

Kedua-dua pendaftaran dan pengesahan pembayaran adalah sebelum 20 Mac 2019.

Penyertaan tuan/puan ke sesi ini amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih

Jawatankuasa Penganjuran PTPM 2019

Lampiran Brosur: –

UNIQUIZZ
INFOGRAFIK PTPM

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *