Assalamualaikumwbt dan salam hormat

Untuk makluman bakal para peserta PTPM 2019, kesemua poster yang dipamer di Library Boulevard sepanjang IFLA WLIC 2018 yang lalu akan dipamer semula di Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2019 (PTPM 2019). Bagi mereka yang belum melihat kumpulan poster ini, kami mengalu-alu penyertaan tuan/puan di PTPM 2019 dari 26 hingga 27 Mac 2019.

Poster-poster tersebut juga akan nilai oleh para juri yang dilantik jawatankuasa penganjur untuk memilih poster yang terbaik bagi lima kategori berdasarkan jenis Perpustakaan seperti Perpustakaan Awam, Akademik dan lain-lain. Pemenang akan dijemput untuk berkongsi maklumat tentang poster yang dipertonton.

Jom layari laman web PTPM 2019 untuk maklumat lanjut.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *