Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr,/Tuan/Puan,


Merujuk perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perpustakaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengadakan Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2019 dan PPM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPM 2018/2019 pada ketetapan berikut:


Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia (PTPM) 2019


Tarikh: 25 – 27 Mac 2019


Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang

Tempat: Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur


Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPM 2018/2019

Tarikh: 28 Mac 2019


Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari

Tempat: Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480, Kuala Lumpur


3. Untuk makluman lanjut, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr,/tuan/puan boleh merujuk brosur PTPM 2019 seperti dilampiran. Sekirannya terdapat pertanyaan berkaitan PTPM 2019 bolehlah diemelkan ke sekretariat PTPM 2019: ptpm2019@gmail.com. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Mac 2019.


Sokongan dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr,/tuan/puan dalam menjayakan PTPM 2019 amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

“PUSTAKA SUMBER ILMU”

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *